Wednesday, September 28, 2011

Ya Allah Ampunkan Lah Aku....


"Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…"




Ya Allah...ampunilah aku...
yg semakin berat dengan dosa-dosa yg ku lakukan...
ya Allah... sucikanlah hati ku...
yg semakin kotor kerana dosa2 yg ku lakukan...
Ya Allah...terima lah aku...sebagai hamba mu....
yg seringkali melupakan mu....
ampuni aku Ya Allah....terima la aku Ya Allah...
HAnya PAdamu..tempat ku mengadu...
dan meminta.....
ya Allah....ampunkan aku....hamba mu yg hina.....
*aku tk layak ke syurga mu yg indah...namun ku juga tk mahu ke neraka mu......

Tuesday, September 27, 2011

sEDalaM lAUtan......




Kita tidak tahu sedalam apa lautan itu,
Tapi kita harus sedar seberapa DALAM....
Kita MENGENAL orang yang kita cintai...
Kita tidak tahu seberapa TINGGI....
Kita MENGHARGAI orang yang kita cintai...
Kita tidak seberaoa BANYAK bintang dilangit...
Tapi kita harus tahu seberapa BANYAK...
PERHATIAN yang kita beri untuk orang yang kita cintai....

BahaGia..iTu mILIk sIApA??

Bahagia tue milik siapa yea?
milik saya?
milik awk?
milik dia?
milik kami?
milik semua?
milik diorg?



yg pasti bahagia tue milik setiap org....
cuma sy tk yakin...
adakah saya akan bahagia...
adakah bahagia itu milik saya...
ya allah...andai bahagia tue...milik ku....
kurniakanlah BAHAGIA itu....
untuk KU.........
amin............

Thursday, September 22, 2011

dUhAi HaTI.........





Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'


Kredit to I luv Islam.....ku ambil bg memberi motivasi buat diri..ku ini

Wednesday, September 14, 2011

Renungan Bersama....Kalau Budak Mampu Berfikir Apatah LAgi Kita Yg Dewasa Ini.........


Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Wednesday, September 7, 2011

tHanks...sEsanGat





 Langit Yang Cerah Jangan Sangka Tdk Akan Mendung....
Air Yang Tenang Juga Jgn Disangka Tiada Buaya....
Begitu juga Diri Kita....
Kita cuma manusia..yg tk sempurna...
Jgn Hanya tahu menilai dan melihat...keburukan...org..
tanpa sedar untuk menilai keburukan diri kita...
jgn hanya kerana sebuah kisah silam...
kita menghukum....
ingatlah hidup ini ibarat roda....
hari ini kita menghukum org..atas kesilapannya....
tak mustahil hari esok...org menghukum kita..atas kesilapan kita...
ThaNks..To Encik Babun...kerana Mengingatkan saya...ttg siapa SAYA....

sAbArlAh....dUhai..hAtI......

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.







Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.a


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.


Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.


Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.



P/s: Hari itu Pasti Akan Tiba Satu Masa Nanti.....

Hari Ini..kita Masih Bernyawa...Esok Belum Pasti........

Raya...Raya...Raya...
Srnk sgt dapat berhari raya...
namun dalam hati...
Terpikir...sempat ke ak nak..beraya...thn dpn...
Entah ada..ke tidak dah.....
Syukur sgt..sbb Allah masih bg peluang...
utk aku berpuasa dan berhari raya.....




Kita tk tahu bila ajal kita...
akan dtg menjemput....
kita tk tahu..adakah esok kita..
masih dapat melihat org2..yg kita sayang...
kita tk tahu...
adakah esok kita masih mampu bangun dari tidur....
kita tak tahu....adakah esok...
kita masih mampu makan dan minum....
maka dengan itu....
hargailah apa yg telah Allah berikan utk kita....
Hargailah masa yang telah Allah pinjamkan utk kita....
Hargailah....org3...disekeliling kita.....
selagi kita masih bernyawa...........



Renung-Renungkan..


alau hari ini lahirnya seorang saintis yang berjaya-



kedengaran

-dia murid saya!!!1
-dia pelajar saya!!!
-dia anak buah AKU!!!

GURU patut berbanga jika sumbangan guru telah membantu anak murid tersebut mencapai kejayaan.....

RENUNGAN KE-2

jika hari ini munculnya seorang penjenayah yang kejam.????



siapa y akan menyatakan bahawa:

-semua ini kerana kelalaian saya......
semua ini kerana sikap tidak bertanggunjawab saya......
kalau saya memberikan petunjuk, dia tidak akan menjadi seperti ini....

adakah guru sedar bahawa kepincangan masyarakat dan masalah sosial berhubung rapat dengan kualiti pendidikan drp para pendidik????

RENUNGAN KE-3

gaji yang guru peroleh itu merupakan rezeki yang halal kerana guru telah menjalankan tanggunjawab y diamanahkan dgan bersunguh2.



1)beramanah kepada murid/pelajar
2)beramanah kepada ibu bapa.
3)beramanah kepada kerajaan.

merekalah yang telah memilih aku untuk dijadikan GURU.

-adakah guru terhutang budi kepada mereka???

RENUNGAN KE-4

"waktu dulu saya memamg seorang guru yang baik,"



adakah sesiapa guru telah dicap oleh masyarakat di sekeliling sebagai guru yang x beretika??

-apakah kritikan mereka??
-berasaskah kritikan mereka??
-bagaimanakah cara saya untuk memulihkan diri saya seperti sediakala? (rajin, setia, ikhlas, dan redha)

RENUNGAN KE-5

gagal mendidik malah menjadi perosak.



mewujudkan suasana yang harmioni dalam kalangan rakan sejawat serta menggelakkan sebarang tindakan negetif ekoran iri hati terhadap mereka yang lebih berkupayaan dan telah diberikan tangunjawab utk menjalankan tugasan y lebih berat

-sedarkah guru bahawa guru yang berjiwa sempit akan meracuni pemikiran anak murid??

SENTIASALAH MEMPERBAIKI DIDI SENDIRI!!! l)
Kredit to Ihsan Nashi.......